musafir di perjalanan

musafir di perjalanan
penasafar:)

Monday, July 7, 2008

kisah sepokok epal dan seorang budak laki...

terpana membaca kisah ini, ingin saya kongsikan, agar menjadipengajaran dan peringatan..


.************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ******

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokokepal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik sertamemakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat laluterlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitumenyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budaktersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorangremaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain disekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datangkepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain denganengkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambahbudak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yangada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapatmembeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu danpergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itumerasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkanwang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untukkeluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. " Pokokepal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagiselepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main denganpokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang sukabermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-citauntuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kaumenolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau bolehmemotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayardengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Diakemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagiselepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yangpernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Akusudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yanghampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untukmemakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untukmemotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untukbelayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.Mereka berdua menangis kegembiraan.

CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR
TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT.
SEBENARNYA, POKOK EPALYANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA.
BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA.
KETIKA KITA
MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP.KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA
KITA DI DALAM KESUSAHAN.
NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN
MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.
ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP
POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH,
ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA
KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA.
HARGAILAH JASAIBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA
MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.


p/s..yang diperantauan. .sentiasalah mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa...moga kita semua sempat berbakti pada mereka sebelum merekameninggalkan kita...

Sunday, April 13, 2008

FITNAH FILEM FITNA


Baru-baru ini, sekali lagi umat islam dikejutkan dengan satu lagi penghinaan terhadap islam dan seluruh umatnya, disebabkan oleh filem Fitna yang dibuat oleh seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders.
Fitna yang disiarkan di Internet pada 27 Mac lalu, mengkritik dan menghina agama Islam dengan menunjukkan surah al-Quran dan berlatarbelakangkan imej pengganas.
Justeru itu pelbagai pihak termasuk kerajaan Malaysia sendiri telah menyarankan agar kita semua memboikot barangan buatan negara Belanda.
Perdana Menteri Belanda, Balkenende, telah pun membuat kenyataan rasminya berhubung dengan pendirian kerajaan Belanda terhadap filem Fitna oleh Geert Wilders itu:

On behalf of the Dutch government, I would like to respond to the online film by Mr Wilders.
The film shows images of violent acts and holds Islam and the Koran responsible for them. The government condemns such acts and those who commit them.
The film equates Islam with violence. We reject this interpretation. The vast majority of Muslims reject extremism and violence. In fact, the victims are often also Muslims.
We therefore regret that Mr Wilders has released this film. We believe it serves no purpose other than to cause offence. But feeling offended must never be used as an excuse for aggression and threats. The government is heartened by the initial restrained reactions of Dutch Muslim organisations.
Muslims, Christians and people of other convictions can easily live together in peace. The problem is not religion, but misuse of religion to sow hatred and intolerance. That is why we are calling for respect for everyone’s deepest convictions.
We are aware of the concerns and the sentiments about this film in the international Muslim community. We have recently spoken with many people at home and abroad to promote mutual understanding. We will continue to follow this course.
The Dutch government stands for a society in which freedom and respect go hand in hand. Such a society demands dedication and commitment. We oppose extremism. Anyone who breaks the law is dealt with firmly. Let us solve problems by working together. Let us reach out to others and build confidence and trust. Let us conquer prejudice. We shall surely succeed.’ [www.government.nl]
REAKSI SAUDARA MUSLIM DI BELANDA
Pertubuhan-pertubuhan Islam di Belanda sendiri telah memberikan reaksi yang mesti kita teliti sebelum sewenang-wenangnya melancarkan boikot itu.
Agensi Berita Belanda (ANP) telah melaporkan bahawa jurucakap National Committee of Maroccans (LBM) telah menggambarkan betapa kecenderungan untuk berlakunya rusuhan di Belanda adalah amat rendah, hasil tindakan efektif kerajaan Belanda menangani isu ini. ANP juga menyatakan bahawa Mustafa Biltunku, Imam dari Eyup Sultan Mosque di Amsterdam tidak menonton video itu dan memberikan komentar, “jangan pedulikan filem itu. Seandainya kita terus melayannya sedangkan ia tidak layak untuk diberi liputan, selagi itulah ia akan menjadi lebih penting. Itu nasihat saya kepada orang ramai”.
Imam Ali Kartal dari Mescid-i Aksa Mosque milik pertubuhan Milli Gorus yang terletak di Utrecht pula mengatakan bahawa beliau tidak akan mempedulikan isu filem tersebut untuk khutbah Jumaatnya. “Kita tidak sepatutnya menari mengikut rentak Wilders. Lelaki itu tidak berbaloi untuk dilayan. Dan jika jemaah masjid mempunyai sebarang persoalan, nasihat saya ialah jangan bertindak balas”. Kartal yang hanya menonton sebahagian filem itu mengatakan bahawa Geert Wilders sememangnya berniat mahu menghasilkan filem yang anti-Islam, dan semua orang mengetahuinya.
Bekas Imam Besar pertubuhan Milli Gorus itu tadi, M. Hulusi Uyne juga tidak berasa apa-apa terhadap filem itu. Katanya, “reaksi sebegini (seperti filem Fitna ini) sudah kita lihat semenjak turunnya wahyu al-Quran. Al-Quran dan Islam adalah cukup agung untuk menepis dakyah sebegini”.
ANP juga melaporkan bahawa seorang ilmuan Islam di Belanda, Sheikh Fawaz, telah menyeru umat Islam supaya bertenang. Beliau berucap kepada ratusan Muslim di Reormond. Katanya, “kita tidak sepatutnya pergi membaling batu ke tingkap hanya kerana filem ini, kerana itulah sebenarnya yang dimahukan oleh Geert Wilders”. Beliau menyampaikan ucapan ini di dalam sesi debat bersama kaum Kristian di dalam sebuah majlis yang diatur oleh gerakan Pemuda Salaf al-Feth.
Sheikh Fawaz menyimpulkan bahawa, “Geert Wilders telah memetik ayat-ayat al-Quran di luar konteks”.(dipetik dari. Saifulislam.com)
Sumber: Laman web PPMS

Thursday, February 7, 2008

Cermin Laksana Sahabat

Kalau kita memperhatikan cermin yang baik dan jernih, ianya akan memeberikan bayangan yang sesuai apa adanya yang dicerminkan. Begitu pula sahabat yang kita ibaratkan seperti cermin yang baik, maka ia akan mncerminkan bagaimana pribadi kita yang sesungguhnya.

Jom kita tengok Ciri2 cermin yang dapat kita ibaratkan seumpama sahabat:

1. Lemah lembut: cermin tiada pernah akan berlaku kasar dan mencela, tapi ia akan katakan kotoran yang melekat pada tubuh kitadengan lembut, sehingga denganspontan kita akan mengadakan perbaikan.

2. Pandai menyimpan rahasia: watak cermin takkan pernah memperlihatkan wajah orang yang bercermin di hari kemarin kepada sesiapa pun yang tengah berdiridihadapannya.

3. Tidak pilih kasih: siapa saja yang berdiri dihadapannya tidak pernah ditolaknya baik itu orang yang cantik atau tidak, kaya atau miskin.

4. Setia setiap saat: cermin selalu siap dipakai bila-bila masa. Selalu setia menanti siapa yang akan bercermin dihadapannya dan dilakukannya dengan penuhkeikhlasan.

5. Sabar dan sungguh-sungguh: berbagai tingkah laku dan gaya orang yang berdiri dihadapannya, hal itu takkan pernah membuatnya protes atau marah.

6. Terus terang: diantara sifat cermin adalah berterus terang dengan memunculkan bentuk orang yang bercermin,tidak pernah mengubah bentuk wajah orang yang bercermin, jelek menjadi cantik, atau pun sebaliknya.

Semoga kita menjadi salah satu cermin-cermin tersebut. Rasulullah S.A.W bersabda, diriwayatkan dari Abu Hurairah ra :
"Sesungguhnya di sekitar Arsyterdapat mimbar-mimbar dari cahaya, yang diatasnya terdapat suatu kaum yang menggunakan pakaian yang bercahaya. Wajah mereka bercahaya, dan mereka itubukan nabi atau para syuhada. Akan tetapi para nabi dan syuhada merasa tertegun dan iri kepada mereka sehingga mereka berkata:
Yaa Rasulullah, tolongberitahu siapakah gerangan mereka itu?
Beliau menjawab: "Mereka adalah yang saling menjalin cinta kasih kerana Allah, dan sling bermajelis kerana Allah,dan saling mengunjungi semata karena Allah."

Petikan dari: Raudhah.com

Sunday, November 25, 2007

Mutiara Kata...


Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,
jangan engkau tinggalkan dia kerana..
sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
Manusia tidak sunyi daripada kesilapan.

Bersendirian lebih baik daripada..
mengambil teman duduk dengan orang jahat
dan
teman duduk orang baik adalah lebih baik
daripada
duduk bersendirian..

Dosa yang paling keji
terhadap rakan-rakan bukanlah kerana
membenci mereka
tetapi
kerana kita bermuka-muka dengan mereka.


Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berjaya
kalau dia ``berjaya`` itu bukan kejayaan tapi kebetulan.

Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak
semuanya pasti meletup.

Yang diperam pasti masak,
yang direbus pasti mendidih,
yang ditanak pasti menjadi bubur.


penasafar:)

Tuesday, November 20, 2007

Virus-virus Ukhuwah...


Seorang sahabat adalah manusia, dia itu dirimu, hanya saja ia adalah orang lain…


sekilas lalu,virus2 ukhuwah ini adalah seperti berikut:


1) tamak akan kenikmatan dunia (20:131)


“seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.” (hadis Nabi)


2) lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama


tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”(hadis Nabi)

tidakkah kau tahu; kadang air itu busuk baunya walau warnanya tetap jernih
hadis Nabi: ..agar mencintai seseorang, ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah.


3) tidak santun dalam berbicara


-suara tinggi/kata-kata kasar(31:19)-tidak mendengar sarannya, enggan menatapnya ketika bicara atau mberi salam, tidak menghargai keberadaannya-bergurau secara berlebihankelembutan adalah anugerah, ucapan paling baik adalah kejujuransedang bergurau secara berlebihan merupakan kunci segala permusuhan
-sering mendebat dan membantah
“sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah.” (hadis nabi)
-kritikan keras yang melukai perasaan


4) sikap acuh(59:9)

…rindu, kedekatan, dan kehangatan perasaan adalah ibarat bahan bakar yang menyalakan ukhuwah abadi, menambah gelora semangat, dan meringankan segala beban yang ditanggung….aku hairan, mengapa selalu merindukan merekamenanyakan keadaannya kepada setiap orang yang ku temuipadahal mereka di sini bersamakumataku mencari mereka ke sana kemaripadahal mereka ada di dekat pelupuknyahatiku bergejolak merindukan merekapadahal mereka ada di antara tulang rusukku
sekalipun wajahku tak dapat menatapmu laginamun cinta dan ukhuwah tidak akan pernah sirnaaku tidak akan berhenti memujimudari kejauhan, bersama untaian doajiwaku akan selalu merindukanmubersua bersama penuh ketulusan dan cinta
jiwaku adalah jiwaku,jiwaku adalah jiwanyahasratnya adalah hasratku, hasratku adalah hasratnya


5) mengadakan perbicaraan rahsia (58:10)


“jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat perbicaraan rahsia tanpa melibatkan yg lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih.”(hadis Nabi)


6) keras kepala, enggan menerima nasihat dan saran


“cukuplah seseorang dinyatakan buruk, jika ia mengejek saudaranya sesama Muslim.”( hadis Nabi)


7) sering membantah, berbeza sikap dan hobi, bersikap sombong dan kasar


“ruh ruh itu bagaikan bala tentera, jika mereka saling kenal, maka akan bersatu. Namun jika tidak saling kenal, maka akan berselisih.” (hadis Nabi)


8)memberi teguran di depan orang lain


…penyebab cepat pudarnya rasa cinta dan mudah menanam bibit-bibit permusuhan…


9) sering menegur, tidak toleran, cenderung negative thinking, enggan memaafkan


terimalah sahabatmu dengan segala kekurangannyasebagaimana kebaikan mesti diterima walau kecil wujudnyaterimalah sahabatmu kerana jika ia menyakitilain kali ia membahagiakansiapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat
“seorang suami yang Mukmin tidak akan memarahi isterinya yang Mukminah, apabila ia tidak suka terhadap sebagian perangai isterinya, maka ia akan menyukai perangainya yang lain.”(hadis Nabi)
jika tak menegur bererti tiada cintacinta tetap bertahan selama ada teguran*
banyak yang tinggal jauh namun ia dekat dihatibanyak orang yang tinggal berdekatan namun hatimu tak mampu menyukaiapalah erti jauh dan dekat melainkan hanya permasalahan nurani


10) mudah percaya terhadap orang yang-orang yang mengadu domba dan memendam dengki


…orang2 yang dipertemukan oleh Allah dalam sebuah jalinan ukhuwah harus yakin bahawa satu sama lainnya saling mencintai dengan penuh ketulusan yang muncul dari nurani yang paling dalam. Hubungan yang telus seperti itu tidak mungkin dapat tersentuh oleh tangan tangan dengki, apalagi sampai dapat dihancurkan…(8:63)



11) membuka rahsia


…jadikanlah semua yang anda ketahui tentang dirinya sebagai amanat yang tidak boleh dibuka kecuali jika ia mengizinkan…


12) mengikuti prasangka(49:12)


orang Mukmin selalu mencari alasan agar boleh memaafkan, sementara orang munafik selalu mencari cari kesalahan.


13) mencampuri masalah peribadi

“diantara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya.” (hadis Nabi)

14) egois, sombong, tidak empati…


“siapa yang mencukupi keperluan saudaranya, nescaya Allah mencukupi keperluannya. Siapa yang menolong seorang Mukmin dari suatu kesusahan, nescaya Allah akan menolongnya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang menutupi aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.” (hadis Nabi)setiap sahabat selalu dekat dikala senangnamun sahabat sejati adalah yang tetap menemaniketika penderitaan menimpa


15) menutup diri, berlebihan, membebani, dan menghitung hitung kebaikannya

kepadamucarilah sahabat yang akan kau beri ketulusan dan hak hak ukhuwah, bukannya yang kau harapkan menerima sesuatu darinya


16) enggan mengungkapkan perasaan cinta,…

“jika seseorang mencintai saudaranya, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”(hadis Nabi)


17) melupakannya kerana sibuk mengurusi orang lain dan kurang setia

orang yang tidak boleh membuktikan cintanya kepada sahabat lama tidak akan mampu membangun cinta dengan sahabat baru

18) suka menonjolkan kelebihan peribadi,…

jika seorang daie mendermakan dakwahnya hanya untuk Allah semata, bukan untuk kepentingan peribadi, masalah2 biasa tidak akan berubah menjadi problema besar atau malapetaka…


19) mengingkari janji dan kesepakatan tanpa alasan yang kuat


“tanda tanda munafik ada tiga; jika berkata ia berdusta, jika berjanji ia mengingkari, dan jika dipercaya, ia berkhianat.”(hadis Nabi)

20) selalu menceritakan perkara yang membangkitkan kesedihannya dan suka menyampaikan berita yang membuatnya resah.


21) terlalu cinta


“cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu pada suatu saat nanti.”(hadis Nabi)


#insya Allah, seizinnya..mari reflek diri..kerana sesungguhnya, tahap terendah adalah untuk berlapang dada sesama kita..n tingkat tertinggi pula, adalah untuk melebihkan mereka, lebih dari diri kita sendiri…



Friday, November 16, 2007

Maut..!!!

Isnin
4.00 petang

Assalamualaikum. ..!!Assalamualai kum....!!

Sayup-sayup terdengar laungan salam dari luar rumahnya."Ai. .sape pulak ni.Kacau betullah."Atin mengomel sendirian.Tangannya pula masih terus laju menekan2 papan keyboard laptop di depan katilnya.Kedengaran pula dentingan loceng pintu ditekan bertalu-talu. "eeeee!!sabarla! !kacau betullah!!"Dengan malas,dia bangun juga .Hatinya menggumam geram.

"Waalaikumsalam, mak ayah saya tak de.Saya tak nak beli kain la." ucap Atin malas sambil membuka tombol pintu.
"Eh,korang.rupanya. Ingat benggali mana lah tadi
"Terjengul wajah rakan-rakan serumahnya sebaik saja pintu rumah dibuka.
"Amboi cik Atin,sampai hati kata kami ni benggali jual kain.Cun-cun macam kami ni,takkanla mustawa Benggali je",jawab Lina sambil masuk ke rumah.Mukanya mencebik.
"Ala,takkanla merajuk kot cik Lina intan payung permata ,berlian ,gangsa,perak, apa lagi ya,"Atin mengusik.
"Dah2,tak payah nak pujuk2,aku tau,aku punya mustawa memang tahap berlian2 dan permata2 tu,
"Mereka tergelak kecil.Kelihatan berplastik-plastik barang terjinjing ditangan masing-masing.
"Penatnya ..dah la panas kat luar tu".keluh Aini ,kepenatan jelas tergambar di wajahnya.Dia terus menuju ke dapur bersama-sama barang yang di belinya.
"Nasib baik balik dengan teksi",tambah Rita pula yang sedang menanggalkan kasutnya,terus di susun di rak kasut yang terletak berhampiran pintu.
"Banyaknya la barang yang korang beli.stok rumah untuk sebulan ke setahun?",
"Uish Atin ni,barang rumah sikit je,yang selebih tu barang sendirian berhad.la",jawab Lina yang juga terus menuju ke dapur bersama barang-barang yang dibeli tadi.Setelah pintu di tutup rapat,Atin segera kembali ke biliknya.Kelihatan Aini sudahpun terlena di atas katil.Kepenatan agakanya.Atin terus saja duduk didepan laptop miliknya,tangannya mula laju menaip.

5.00.Petang.

"Jenal onla.yes,nak kacau la mamat ni.hehe",die tersengih sendirian.Terus ditekan butang buzz.Tak menang tangan di buatnya.Masakan tidak, berchating 10 orang dalam satu masa.Tak terlayan.Kadangkala dia tersenyum,kadang kala tergelak dan kadang kala pula wajahnya berubah kelat.Berbagai riak muka yang terhasil tiap kali dia menghadap laptopnya itu.Menuntut ilmu diperantaun jauh daripada keluarga dan rakan-rakan memjadikan internet seperti suatu keperluan.Dengan internetlah dia berhubung dengan keluarga di Malaysia,dengan internetlah dia mengetahui perkembangan rakan-rakan lamanya,melalui internet juga dia mengetahui isu semasa di tanah air dan melalui internet jugalah die menonton Tv juga mendengar radio tidak kurang juga untuk berhubung insan tersayang yang juga berada diperantauan. Aktiviti dan mesyuarat persatuan juga menggunakan internet sebagai medan menyampaikan maklumat dan berita terkini.Internet la segala-segalanya. Tidak hairanlah andainya hampir setiap mahasiswa-mahasiswi di situ mempunyai komputer mahupun laptop sendiri.Malangnya, akibat salah menggunakan kemudahan ini,membuatkan ramai yang terleka.Atin sendiri,hampir 24 jam menghadap laptopnya itu.Aktiviti yang paling di gemarinya apabila duduk di depan laptopnya ialah berchating atau istilah pasarnya,YM.6.00 PetangAini tersentak dari lena.Tawa atin yang nyaring mengilai telah mengejutkannya. Tiba-tiba dilihatnya wajah Atin berubah kelat.Tawanya tadi terhenti

"Apa kenalah dengan budak ni.Tadi gelak macam orang gila,tiba-tiba masam mencuka pula.Uish,tak faham aku"..monolog Aini sendirian sambil menggaru-garu kepalanya.
"Erm. .Atin. dah pukul berapa sekarang?",tanya Aini sambil menggosok-gosok matanya
"erm..pukul. ..6,"jawab Atin tanpa memandangnya. Tangannya masih terus laju menaip.
"Ha!! Alamak,Aini tak solat asar lagi.Atin dah solat asar ke?,
"Tanpa menunggu jawapan Atin pantas dia melompat turun dari katilnya menuju ke bilik air.Atin masih lagi tekun dengan rakan-rakan chatingnya.
" Ala,nanti nak dekat Maghrib aku solat la,nanti boleh terus solat Maghrib.Senang sikit.",Ngomel Atin sendirian.6.30Seusai solat,Aini kembali ke biliknya semula.Masih tersisa lagi kepenatan membeli belah tengah hari tadi.
"Atin,dah solat?,"soalnya sebaik saja melihat Atin masih lagi tekun di depan laptopnya ...
"emh..belumlah. .".jawab Atin malas.

"Eh,Fatin Nadia,dah pukul 6.30 ,dah lewat sangat ni,6.45 kan dah Maghrib.Tinggalkan la sekejap "buah hati" Atin tu.,
"Nasihat Aini lembut.
"Ha!!6.30?!! ",terus dia melompat bangun menghilang ke bilik air.Tidak lama kemudian dia kembali semula ke bilik dengan wajah basah dengan air wuduk dan singgah sebentar di laptopnya,
"Ya Allah Atin,dah lewat sangat ni.Janganlah singgah2 lagi.Tingalkan laptop tu,
"Aini mengeraskan sedikit suaranya.Marah benar dia melihat Atin seperti mempermainkan- mainkan ibadah wajib itu,
"Sabar la,nak bagi tau kat kawan-kawan ni suruh tunggu sekejap la.,
"Atin menjawab geram dan terus menghilang ke bilik solat.

Aini hanya menggeleng melihat kerenah rakan sebiliknya itu.Kedudukan Atin sebagai anak tunggal menjadikannya seorang yang manja dan mudah merajuk.Pantang ditegur,pasti akan mencebik wajahnya.Pening Aini nak memujuknya semula.6.35 Petang.Ee,tak habis-habis membela nenek sorang ni.ngomel Atin sendirian sambil melangkah ke bilik solat.Dia melangkah sambil sengaja menghentak-hentak kakinya.
Tiba- tiba ..

"Aduh!!!", Atin jatuh terlentang.Kakinya tergelincir terpijak kain bajunya yang tidak berlipat bertaburan di bilik solat.Kepalanya terhentak ke lantai.Dunia gelap tiba-tiba.Selasa8.00 pagi"
Yassin..wal quranil hakim..

"Kedengaran bacaan yassin sayup-sayup ditelinganya. Atin membuka matanya perlahan.Kepalanya terasa berpinar-pinar. Dia mendapati dirinya sedang terbaring di ruang tamu sambil dikelilingi orang ramai.Bacaan surah yassin semakin jelas kedengaran,bukan seorang tetapi hampir semua orang yang berada di situ membacanya.Dia bingung.
"Boleh lah kita mandikan sekarang.Sebelum zohor juga kena dikebumikan. ".Suara Aiman tu.
Apa yang presiden ni buat kat rumah aku ni??,Atin semakin kebingungan. Diteliti satu persatu wajah insan di sekelilingnya.

Tiba-tiba pandangannya terhenti.Aini!!Aini duduk berhampiran kepalanya sambil tunduk memegang kitab yassin dan membacanya perlahan.Dilihatnya ada air mata mengalir di pipi sahabatnya itu.Ditoleh pula di sebelah kirinya,Kelihatan kesemua teman serumahnya yang lain jaga sedang tunduk membaca Surah Yassin disisinya.Hampir semua teman seperantauannya ada di di sini.Tiba-tiba terasa dirinya diangkat perlahan .

"Angkat perlahan-lahan, bawa ke luar,kami dah sediakan semua bahan yang diperlukan di sana.,"Sekali lagi terdengar suara Aiman memberi arahan.Aini, Lina dan teman-teman serumah dan beberapa akak senior mengangkatnya ,perlahan dan berhati-hati sekali.Dia terasa tubuhnya di bawa perlahan menuju ke luar rumah.
Kemudian terasa dirinya diletakkan semula di dalam suatu bekas seperti sebuah kotak panjang yang diperbuat daripada aluminum yang terletak di luar rumah.Sejuk! !.Dingin terasa Tatkala saja tubuhnya menyentuh permukaan bekas itu.Dia menjadi semakin kebingungan.

"Eh,kenapa ni.Apa yang korang semua nak buat kat Atin ni??." tanyanya kebingungan. Dipandang satu persatu wajah di sekelilingnya. Menanti jawapan keluar dari bibir salah seorang daripada sahabat-sahabatnya itu.Namun ...semua diam membisu,tiada siapa yang menghiraukan pertanyaannya. Seakan-akan mereka tidak mendengar soalannya.Geram terasa,malas menanti jawapan dari rakan-rakannya itu,lantas dia cuba untuk bangun,tetapi badannnya seakan-akan mengeras,tidak boleh digerakkan.Sekali lagi dia berusaha untuk bangun,cuba digerakkan kaki juga tangannya.Keras!!.Walaupun hanya satu jari,tidak mampu untuk digerakkan.
Atin menjadi semakin kalut,dia takut menanti apa yang bakal dilakukan oleh sahabat-sahabatnya itu yang kelihatan sibuk berbincang dan menyiapkan sesuatu.Sedang dia kalut berusaha untuk bangun,kelihatan tempat itu ditutupi dengan kain.Seperti tirai.Tempat itu menjadi seperti sebuah bilik kecil,seolah- olah wad di hospital.Dia makin kebingungan.

"Aini!!Kenapa ni!!!.Apa yang Aini nak buat kat Atin...???! ,
"Jeritnya pada Aini..Tiada respon.
"Baiklah,kita mulakan sekarang,Bismillah, ".
Kedengaran suara Aini membaca sesuatu sambil mejirus perlahan air ke atas tubuhnya yang hanya ditutupi dengan sehelai kain batik.
"Aduh!Sejukkkkkkk! !!!!!!!!Sakitnya aaaaaaaaaaaaa! !Ya Allah!!!",Atin menjerit sekuat-kuat hatinya sebaik sahaja jirusan air menyentuh tubuhnya.Air dingin itu terasa seperti kejutan elektrik .Badannya juga terasa sakit-sakit seperti disiat-siat. Sakitnya berbeza sekali.
"korang nak bunuh Atin ke ha!!" tengkingnya sambil mengerang kesakitan.Sedangkan selama ni,tubuhnya biasa saja apabila disentuh air.Tetapi kali ini,walau setitis air pun terkena tubuhnya,terasa keperitan yang amat sekali .Jirusan demi jirusan disiram perlahan atas tubuh kakunya itu.

"Berhentiiii! !!"
"Ya Allah!,sakitnya! !",
Atin menjerit2 kesakitan bercampur kesejukkan yang amat.Tapi tidak seorang pun yang ada disitu menghiraukannya. Perlahan- lahan tubuhnya terus dibersihkan. Masing-masing senyap dan tekun melakukan tugas mereka.
"Kenapa korang mandikan Atin ni,??!
Tahula Atin mandi sendiri nanti!!Ya Allah,sejuknya! !.,
"Dia terus menjerit dan meronta-ronta. Sekali lagi dia cuba untuk bangun,tapi tidak temampu.Badannya seakan-akan lumpuh.Dia berusaha lagi,tapi tetap tidak berhasil,seluruh tubuhnya kaku,tidak mampu untuk digerakkan walau seinci.
Dia pasrah .;..

"mak..ayah.. tolong Atin.."
Tangisnya hiba.Proses memandikannya tetap terus di jalankan.Dia hanya mampu menangis dan memandang sayu satu-persatu wajah rakan-rakan yang sedang memandikannya. Tiada siapa pun yang mendengar tangisannya. Walaupun seorang!

9.oo pagi

Proses memandikannya sudahpun selesai..Tetapi tangisannya masih tidak berhenti.Badannnya di angkat semula dan ditutupi dengan sehelai kain kering.Tirai yang menutup tempat yang memandikannya di buka.Perlahan- lahan tubuhnya di bawa masuk ke dalam rumah semula.Beberapa helai kain putih kelihatan sudahpun terbentang di tempat pembaringannya tadi.
Macam pernah dilihatnya kain putih itu.
Itu....kain. ..YA Allah!!!.KAIN KAPAN!!.Dia terpana seketika.
"Aku.....aku dah mati??Aku DAH MATI ??!!Tidaaaaaaaak! !!!!!!",
Atin menjerit semahunya dan meronta-meronta. Tapi seperti tadi,dia tidak mmpu menggerakkan walau seinci pun tubuhnya.

"Kullu nafsin dzaaiqatul maut..." (Al Ankabut : 57, AliImran : 185)
Janji Allah kini terbukti.Perlahan-lahan tubuhnya,sebetulnya ,MAYATNYA di letakkan di atas pembaringan yang beralas lapisan-lapisan kain putih di ruang tamu.
"Tidak!!!Aku tak nak mati lagi!!,"
Atin menangis ,meraung dan meronta semahunya.Proses pengkapanan tetap diteruskan.Jeritan dan raungannya,tiada siapa yang dengar.Sehelai demi sehelai kain putih menutupi tubuhnya dan di ikat kemas di beberapa bahagian tubuhnya.haruman air mawar dan kapur barus menusuk hidungnya.Bau yang dulu amat dibencinya,kini bau itulah yang menjadi pewangi tubuhnya.Proses pengkapannya selesai.Hanya wajahnya sahaja yang dibiar terbuka.Dia masih lagi menangis.
"Aini...tolonglah Atin,Atin minta maaf sangat-sangat sebab selalu tak dengar nasihat Aini.Aini..Atin tak nak mati lagi..,Aini. ..Tolonglah. .
"..rayunya pilu pada Aini yang setia duduk disisinya.Aini hanya memandang sayu ke arahnya.Matanya merah.Dia mengharap Aini mendengar suaranya.Aini kemudian dia tunduk semula meneruskan pembacaan Surah Yassin.Langsung tidak mengendahkan rayuannya.
"Aini!!!Dengar tak!!!!Atin tak nak mati lagiiiiiiii! !!,"dia menjerit-jerit dalam raung tangis yang sungguh memilukan.Aini tetap tunduk membaca kitab yassin di tangannya.Atin sekali lagi cuba meronta.Dia ingin bangun.Tapi, sia-sia

11.00 PAGI

"Kedua ibu bapanya akan tiba sebentar lagi.Sudah sampai di lapangan terbang.Kita nak bawa ke kubur dulu atau tungu saja di sini??,"
"Saya rasa ,kita bawalah dulu ke tanah perkuburan,kita tunggu kedua ibu bapanya di sana.Hampir zohor ni.Hari pun nampak seperti nak hujan.,"Kedengaran suara Aiman berbual dengan seorang lelaki di situ.
Mak??Ayah??! !Meraka akan datang sebentar lagi.Dia lega seketika.Tidak lama,die terkaku .TANAH PERKUBURAN!!
"Aku...."."aku,benar-benar sudah mati??Terbayang satu persatu segala perbuatan dan amalannya sepanjang 20 tahun kehidupannya.Sikit sekali kebaikkan yang telah dia lakukan.Dosa pula,tidak terkira banyaknya.Terbayang pula api neraka yang menjulang_julang. Teringat pula azab-azab Allah yang selalu dia terbaca dan terdengar.Dia meraung semahu-mahunya.
Ketakutan menyelubungi dirinya.Ketakutan yang teramat sangat.
Ya Allah!aku seringkali ingkar perintahMu ,dosaku tidak terhitung banyaknyaJangnlah kau cabut nyawaku sekarang,berilah aku kesempatan untuk menyucikan diri iniaku tak nak mati lagi Dia teresak-esak merayu dan berdoa.
Ya Allah......Hidupkan lah aku walau seketika,walau sesaat pun.
Ya Allah!!!!!!! !,ampunkan dosaku!!!!!! !!!!!
dia menangis semahu-mahunya. Penyesalannya kini tiada gunanya.Disaat manusia terlena dengan mimpi-mimpinya yang indah hanyalannya yang manis dan angan-angannya yang membuai, tiba-tiba sang maut datang, sang ajal tiba, sang pemutus kenikmatan hadir menghancurkan semua impiannya, mengubur semua angan-angannya, saat itulah ia sedar bahawa apa yang ia lakukan selama ini sia-sia dan ia berharap untuk kembali ke dunia mengulangi kembali perjalan kehidupannya dengan berbuat amal baik.
(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seorang dari mereka, dia berkata:

"Ya Rabbku kembalikanlah aku (ke dunia), (QS. 23:99)agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitan. (QS. 23:100)Sedang dia terus meratap dan menangis,terasa dahinya dikucup lembut.

Aini! !Merah matanya merenung wajahnya.Terasa wajahnya diusap lembut.Dengan suara yang tersekat-sekat ,penuh kesayuan,Aini berbisik
"Wahai sahabatku sayang..sudahku maafkan segala kesalahan-kesalahan mu padaku.Ku doakan,Semoga dirimu aman dan tenang bersemadi menghadap sang pencinta .Semoga dirimu ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.Tidurlah dengan tenang dan aman..., Fatin Nadia..,sahabatku. .," satu lagi kucupan lembut hinggap di dahinya.Terus saja Aini bingkas bangun lari pergi darinya.Terdengar sayup esakkannya dari kejahuan.Atin menangis semahu-mahunya.
"Aini..Atin sayang Aini..terima kasih kerana sudi memaafkan segala kesalahan sahabatmu ini,maafkan Atin...."Dia terus menangis dan meraung.Tetapi kini,sesalan sudah tiada gunanya lagi.Seorang demi seorang rakan-rakan perempuan yang lain mengucup lembut dahi dan merenung wajahnya buat kali terakhir.Dia hanya mampu menangis dan merenung wajah sahabat2nya dengan pndangan sayu dalam esak tangis yang tiada henti-henti. .Kehidupannya di dunia sudah pun berakhir,tugasnya juga sebagai kahlifah di muka bumi,sudahpun terhenti.Kini segala-galanya sudah berakhir.

12.00 tengah hari.

Redup dedaunan hijau pokok memenuhi tanah perkuburan.Guruh dilangit sayup kedengaran.Suasana tanah perkuburan sepi dan tenang sekali.Penghunia- penghuni negara abadi ini senyap di pembaringan mereka.Dari tanah kita diciptakan dan di dalamnya juga kita akan dikembalikan.Dan kini,aku kan di kembalikan dan dipulangkan kepada sang pencipta.Aku akan ditinggalkan sendirian.Dalam kubur.Dalam kegelapan.Keseorang an...Tangisan dan raungannya kini....Tiada siapa pun yang akan mendengarnyaTerasa hangat kepanasan api neraka menantinya.. ....

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Menanti di Barzakh:Far East

nukilan asal:nurhanisah hj mansor

Wednesday, November 14, 2007

far east...menanti di barzakh




saje testing luu..huuu...main rambang jerk..:>

Thursday, November 8, 2007

Seuntai kata pembuka bicara...




Assalamualaikum wrt...
Awwalan, kesyukuran dirufu'kan pada Rabbul JAlil kerana terus mnerus melimpahkan rahmat dan maghfirah buat hamba2nya..dan memberi ruang diri menerokai alam maya untuk berkongsi sgla anugerahNya yg tidak terhingga..
Alam siber sebuah teknolgi ciptaan manusia yg mmpu melangkau dunia tanpa sempadan.. kalau dulu, org sblum kita terpaksa memakan masa terlalu lama untuk mendapatkan sesuatu perkara..kini.....semuanya berada dihujung jari bukan..
Oleh itu, mari sama2 kita manfaatkan kemudahan yg ada untuk mnyalurkan informasi serta dakwah lantaran dewasa kini..ummat sering menuju ke arah kehancuran baik dlm bentuk moral dan agama..
buat sahabat2 seperjuangn, diri ini amat mengharapkn komentar atau cadangan yg membina dlm blog pena safar nie agar ia mampu menjadi wadah penyumbang saluran dakwah yg terbaik untuk semua..
smoga setiap apa yg kita lakukan mendapat keredhaan di sisi Allah s.w.t
Akhir kalam, salam perjuangn n ukhuwahfillah..

penasafar:)